This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Wednesday, 10 April 2019

Cara Untuk Mendapatkan Kulit Yang Cantik Secara Semulajadi

Cara Untuk Mendapatkan Kulit Yang Cantik Secara SemulaJadi | Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Kebelakangan ini sering kali kita dipaparkan dengan kesan membeli dan menggunakan produk kecantikan tanpa menyelidik terlebih dahulu kandungan di dalam sesuatu produk tersebut. Hal ini menjadikan kita sebagai pengguna seharusnya lebih berwaspada dalam memlilih produk kecantikan mahupun kesihatan.


Kulit yang cantik dan sihat adalah sesuatu yang sinonim dengan para wanita. Namun bukan suatu yang asing bagi jejaka. Jejaka masa sekarang bukan lagi seperti zaman atok moyang kita dahulu yang kurag mementingkan kesihatan kulit muka. Mungkin kerana zaman dahulu kurang pencemaran dan lapisan atmosfera yang masih tebal untuk melindungi kulit daripada UV.

Sebelum kita mengupas cara untuk mendapatkan kulit yang sihat, ada baiknya kita mengetahui lebih lanjut jenis UV.

 UV DIBAHAGIKAN KEPADA 3 KATEGORI UTAMA :
  • Sinaran UVA menembusi jauh ke dalam kulit, menuakan sel kulit dan merosakan DNAnya. Sinaran UV dikaitkan dengan kerosakan kulit jangka masa panjang seperti kulit berkedut, dan beberapa jenis kanser kulit.
  • Sinaran UVB pula menjadi punca utama selaran matahari. Ia juga boleh merosakkan DNA sel kulit.
  • Sinaran UVC pula di sekat oleh lapisan ozon dan biasanya tidak sampai ke permukaan kulit.

Hakikatnya, agak mustahil untuk kita menghindari diri daripada sinaran UV kerana ia sentiasa ada pada kebanyakan waktu dan dikebanyakan tempat. Namun,terdappat beberapa langkah untuk memastikan kulit tidak terdedah kepada kesan merbahaya sinaran UV.
Sunblock / Krim Pelindung Matahari - Pelindung matahari dilengkapi dengan penapis UV untuk mencegah radiasi utraviolet matahari daripada terkena matahari.
Pakaian - Pakaian ialah salah satu cara yang berkesan untuk menahan dan melindungi kulit kita daripada terlampau terdedah kepada sinaran UV.
 Kaca Mata Hitam - Menggunakan kaca mata hitam semasa terdedah secara terus kepada sinaran matahari melindungi mata kita daripada sinaran UV.
Waktu Sinaran - Pancaran sinaran UV paling kuat adalah antara 10 pagi dan 4 petang. Jadi ada baiknya untuk kita mengurangkan aktiviti di luar dan mendedahkan diri kepada matahari pada waktu tersebut.
 Baiklah, sebelum terpesong lebih jauh, kita berbalik kepada topik utama kita iaitu "Bagaimana Caranya Kita Mendapatkan Kulit Yang Sihat."

Sebut pasal kulit, automatik ia dikaitkan dengan wanita kan. Tapi jangan risau, tip-tip yang Nisa kongsikan ini berguna untuk lelaki dan wanita.
  
Penuhi keperluan nutrisi badan anda merupakan point penting dalam menampilkan luaran yang sihat dan berseri. Ini kerana, tubuh badan yang tidak cukup nutrisi tentu sekali mudah terdedah kepada bakteria dan serangan penyakit. Dan jika perkara sedemikian berlaku, tentu sekali memberi kesan terhadap penampilan kita. Untuk memenuhi segala keperluan nutrisi badan pada masa kini sudah tentu bukan mudah kerana makanan dan minuman sekarang bukan lagi dapat dijamin. Namun, itu tidak bukan alasan untuk kita tidak mengamalkan pemakanan yang sihat. Antara yang dapat kita lakukan adalah dengan membeli sayuran dan buah-buahan yang ditanam secara organik. 
Dan tahukah anda, terdapat suatu kajian yang diterbitkan di dalam American Journal of Nutrition mendapati bahawa wanita yang berumur 40 Tahun ke atas dengan jumlah pengambilan Vitamin C yang paling tinggi dalam diet mereka, kurang cenderung untuk mempunyai kedutan pada kulit berbanding mereka yang mengambil pada tahap yang lebih rendah.
Ini mengukuhkan lagi bahawa bertapa pentingnya pengambilan vitamin C dalam pemakanan kita. Vitamin C penting dalam pembentukan kolagen secara semulajadi. Tanpa Vitamin C asid amino tidak dapat dihubungkan untuk membentuk protein. Selain itu, ia amat dikenali sebagai anti oksida semula jadi yang membantu dalam melindungi sel daripada kerosakan disebabkan oleh radikal bebas.
 Perlu untuk anda ketahui bahawa vitamin C merupakan sejenis vitamin yang larut air, dan ia tidak disimpan di dalam badan dalam jumlah yang besar. Oleh Itu, ia akan dikumuhkan melalui air kencing. Manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C secara semula jadi dan perlu mendapatkannya melalui pengambilan makanan.
Jadi di sini saya berikan beberapa cadangan supplement penting sebagai makanan untuk kulit anda lebih sihat.
Set Kulit Shaklee salah satu produk yang mendapat pemintaan yang tinggi daripada pelanggan. selain daripada jimat, ternyata ia meninggalkan kesan yang baik untuk kesihatan dalaman dan luaran.

ESP _ bertindak memulihkan sel dari dalam. Ia merupakan protien terbaik kerana dihasilkan daripada kasang soya yang terbaik dan proses penghasilan dikawal ketat supaya kualitinya tidak terjejas. Baca juga Kelebihan ESP 

Collagen Powder _ Collagen Powder Shaklee merupakan kolagen terbaik di pasaran. Kolagen ini dilengkapi dengan vitamin C dan vitamin B. tambahan ia dihasilkan daripada ekstrak bahan 100% semula jadi.

Vitamin C _ Keistimewaan Vitamin C Shakle yang tiada pada vitamin C produk lain ialah mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa 5 jam. Dalam satu jam ia hanya akan melepaskan 100mg bagi memastikan tidak berlaku pembaziran.

GLA Complex _ merupakan asid Omega - 6 yang digunakan oleh badan untuk menghasilkan prostaglandin. Pengambilan GLA secara berteruskan, anda akan melihat perubahan positif terhadap diri anda. Selain itu keadaan hormon juga terpelihara.

B Complex _ Vitamin B Shaklee ini mengandungi 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh badan. ia bukan hanya untuk kulit semata-mata. Namun ia sangat membantu dalam memelihara tubuh badan.

Vitamin E _ Istimewanya vitamin E shaklee ialah dihasilkan daripada ekstrak anggur. Ia merupakan vitamin yang mengandungi anti oksida yang tinggi untuk penjagaan kesihatan yang baik. Vitamin ini juga tentunya dilengkapi dengan Selenium untuk fungsi penyerapan yang optimum.
Minum air putih sekurang-kurangnya 2liter sehari. Hal ini kerana air merupakan detox terbaik untuk kulit. Pentingnya air yang mencukupi setiap hari adalah untuk mengekalkan kelembapan kulit supaya selalu terhidrasi. Memakai pelembap juga sangat disarankan bagi memastikan kelembapan kulit.
Untuk memastikan tubuh anda sentiasa terhidrasi ada baiknya anda mengamalkan minum minuman Performence Drink daripada Shaklee. Campuran Elektrolit OPTI-LYTE proprietari dengan camopuran unik karbohidrat , Performence Drink mampu memberi tenaga segera dan berkekalan bagi  menyokong hidrasi yang optimum.


Untuk luaran pula amatlah disarankan untuk mengunakan set Youth Skincare kerana ia mempunyai moisturizer Spf50 yang membantu mengekalkan kelembapan kulit sekaligus melindungi diri daripada sinaran UV. Turut bertindak sebagai sunblock.


Mengamalkan Penggunaan Sunblock / Krim Pelindung Matahari. Ini kerana penggunaan sunblock mampu melawan kesan yang disebabkan sinaran matahari. UV boleh menyebabkan kulit kita menjadi matang dan tua daripada usia sebenar kita, menggelapkan kulit, membakar kulit (sunburn) dan berisiko mendapat kanser kulit jika terdedah terlalu lama kepada sinaran matahari. Oleh itu amatlah disarankan menggunakan Sunblock atau krim yang mengandungi sekurang-kurangnya spf50.
Kurangkan Pengambilan Makan Segera(Junk Food). Mengapa wanita mahupun jejaka Korea atau Japan yang berumur 30 tahun ke atas masih tampak muda dan memiliki kulit seperti bayi? Jelas sekali meraka ini amat menghindari pemakanan segera. Namun mereka lebih memilih kepada makan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan bahkan makanan mentah. Ini kerana diyakini memiliki vitamin dan nutrisi yang penuh kerana belum diolah mahupun di proses.
Di luar sana tentu sekali ada yang struggle dalam memulihkan kulit muka yang breakout dan berjerawat. Yang tiada masalah kulit juga tentunya menginginkan kulit yang cerah berseri dan sihat. jadi apa tunggu lagi. Ubah life style anda. Bertindak sekarang untuk mendapatkan gaya hidup yang sihat. Dapatkan set Youth SkinCare anda sekarang bersama vitamin untuk kesihatan dalaman anda!


Baca juga artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai YOUTH SKINCARE SHAKLEE


Tuesday, 9 April 2019

Kelebihan Mendaftar Sebagai Ahli Dan Bisnes Shaklee

Kelebihan Mendaftar Sebagai Ahli Dan Bisnes Shaklee | Assalammualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah. Nisa baru sempat nak update semula blogger ni setelah sekian lama menyepi.



Sekalipun menyepi, tidak bererti Nisa stop kan bisnes Shaklee ni. No no no. Tak mungkin sebab antara banyak bisnes, Nisa rasa Shaklee paling ngam dihati.

Baiklah. Kali ni Nisa nak share kan kepada pembaca kenapa sampai sekarang Nisa masih setia bersama Shaklee.

Okay, Nisa point-point kan ye.

Oh ya, Daftar sebagai ahli shaklee tidak bererti kita kena berniaga. Tapi dengan daftar je pun dah dapat banyak kelebihan.

Antaranya :

✔️ MENIKMATI KADAR PENJIMATAN SEBANYAK 20% - 30% KE ATAS UNTUK SETIAP PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE.
👉 Ha, jelas sekali kan kenapa ramai yang nak daftar sebagai ahli walaupun taknak berniaga. Tentu sekali penjimatan bila jadi ahli bukan lah suatu yang asing lagi buat sesuatu produk. Namun, penjimatan ahli shaklee amat menguntungkan kerana ahli jimat sehingga 20% - 30% untuk pembelian satu-satu produk Shaklee.
Contoh - 
Harga Runcit Vivix adalah RM 475/botol
Harga Ahli pula RM380/botol
Ini bererti, sesiapa yang mendaftar sebagai ahli dapat jimat sebanyak RM95. Untung kan?

Ini juga antara sebab kenapa ramai SID lebih suka sarankan pengguna terus mendaftar sebagai ahli.

✔️ UNTUNG RUNCIT
👉 Manakala bagi yang mendaftar ahli untuk berniaga pula bukan sahaja menikmati harga rendah, namun juga mendapat untung runcit daripada setiap pembelian pelanggan dengan mereka.
Contoh - 
Untung runcit bagi ESP ialah RM32.25/setong. Jika sehari dapat jual 5 tong, bermakna untung runcit dalam sehari untuk ESP sahaja RM161.25. Itu kalau 5tong sehari, kalau jual hingga 10 tong sehari? Sebulan dah dapat berapa? Baru ESP. Kalau dapat jual 10 botol vivix?? 
Haa..kira la berapa dah untung runcit yang diperolehi.

✔️ CASH BONUS / CASH BACK
👉 Ini merupakan bonus berbentuk wang tunai yang di kreditkan ke account kita apa bila mencapai point yang ditetapkan.  Satu- satu produk shaklee mempunyai UV masing-masing (UV= unit Value)
 Setiap 150uv ke atas dalam 1 bulan akan dapat cash back dari shaklee. 
 Contoh -
 ESP = 37uv x 5tong = 185uv
 185uv sudah cukup melayakkan anda untuk mendapat cash back. 
Uv x 3.30 x 5/100 = 
 185uv x 3.30 x 5/100= RM30.50
Lihat carta di bawah untuk cara pengiraan bonus shaklee.


✔️ CAR BONUS
👉 Pihak Shaklee akan bayarkan kereta yang kita impikan. Ada caranya. 

 


Tapi, tidak semestinya car bonus itu digunakan untuk membeli kereta. Nak buat simpan pun boleh, nak beli tanah atau rumah sekalipun nak sedekah pun boleh. Terpulang bagaimana anda membelanjakannya kerana itu hasil titik peluh anda.
✔️ KONVENSYEN
 ðŸ‘‰ Ya, ahli yang berjuang dan layak di dalam bidang Shaklee berpeluang mengikuti program konvensyen yang dianjurkan oleh pihak Shaklee. Setiap penyertaan adalah percuma. Tinggal bawa badan dan keperluan sendiri je. Duit poket pun di bagi okayy. Segala latihan, motivasi, penganugerahan, umrah, percutian dan yang sama waktu dengannya adalah PERCUMA. 
Alahaii.. Siapa lagi nak bagi semua tu percuma kalau bukan SHAKLEE.
 Best kan Bisnes Shaklee ni.
Dan kenapa Nisa pilih Shaklee dan bukan bisnes lain?

In sha Allah pada artikel akan datang Nisa akan rungkaikan semuanya.

Haa.. Yang baca ni. Apa tunggu lagi? Jum la daftar Ahli sekarang.

Nak Daftar Ahli Shaklee